Menurut sumber berita, kedua-duanya dikatakan sering melakukan hubungan kelamin sehinggalah berjaya ditangkap oleh penduduk. Selepas ditangkap, pelajar lelaki itu bersedia untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu.
Namun, sebelum itu, penduduk Desa Meunasah Manyang, Kecamatan Ingin Jaya, Aceh Besar telah memandikan pasangan itu dengan AIR LONGKANG. Selesai dimandikan, kedua-duanya telah diarak ke kawasan sekolah ke Desa Meunasah Kota Pantonlabu.
Tidak dinyatakan secara jelas sama ada remaja ini dikahwinkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa.
P/s: Kalau di Malaysia, orang kampung buat begini, ain jamin, pertama: mereka akan diserang oleh kaum kerabat pasangan yang ditangkap khalwat itu, kedua: mungkin ada menteri dan NGO akan membidas tindakan itu, anda mungkin dapat meneka NGO dan menteri itu, ketiga: tidak mustahil orang yang memandikan pasangan itu akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan pelik! Ain berkata demikian kerana banyak ibu bapa menyerang cikgu di sekolah walaupun mereka mengetahui bahawa anak mereka berkelakuan macam jin!!!!