Wednesday, March 2, 2011

Mutiara Kata




Assalamualaikum...

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.( harmoni kan bagus..)

Jangan jadikan diri korang ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor..

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

"Ketahui la korang cinta kepada bunga nie akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t jek yg akan abadi"

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu kate wanita nie cantik atas dasar rupa, akal pulak kate wanita cantik nie atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati pulak akan kate wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Korang jgk msti kena tahu sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai perfume yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Korang tahu x orang yang bahagia tue akan selalu sediakan waktu utk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, dieorg jgk akan sediakn waktu ketawa kerana ketawa itu muziknya jiwa(tp ketawa pn ade batasnye tau), ade jgk sediakn waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, sediakn waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, sediakn waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu(aweks muda..) dan sediakn waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA...