Tuesday, March 15, 2011

Dimandi Air Longkang


Artikel yg ain tnjuk nie bkn bertujuan utk mngaibkan si pelaku tetapi utk djadikan iktibar dan pngajaran pada kita semua..

Cerita nie bkan yg terkini pny namun ada baiknya jika ain postkn kat entry ain nie utk tatapan korang semua agar mnjadi pngajaran kepada kita (berape kali nk sebut daaa huhuhu). Menurut sumber artikel ini, seorang pelajar sekolah menengah dan pasangannya yang masih bersekolah rendah ditangkap khalwat di tandas sebuah sekolah di Panton Labu, Aceh Utara.

Menurut sumber berita, kedua-duanya dikatakan sering melakukan hubungan kelamin sehinggalah berjaya ditangkap oleh penduduk. Selepas ditangkap, pelajar lelaki itu bersedia untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu.

Namun, sebelum itu, penduduk Desa Meunasah Manyang, Kecamatan Ingin Jaya, Aceh Besar telah memandikan pasangan itu dengan AIR LONGKANG. Selesai dimandikan, kedua-duanya telah diarak ke kawasan sekolah ke Desa Meunasah Kota Pantonlabu.

Tidak dinyatakan secara jelas sama ada remaja ini dikahwinkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa.

P/s: Kalau di Malaysia, orang kampung buat begini, ain jamin, pertama: mereka akan diserang oleh kaum kerabat pasangan yang ditangkap khalwat itu, kedua: mungkin ada menteri dan NGO akan membidas tindakan itu, anda mungkin dapat meneka NGO dan menteri itu, ketiga: tidak mustahil orang yang memandikan pasangan itu akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan pelik! Ain berkata demikian kerana banyak ibu bapa menyerang cikgu di sekolah walaupun mereka mengetahui bahawa anak mereka berkelakuan macam jin!!!!