Saturday, February 11, 2012

Segar Kalbuku Dengan Iman

Ya Allah...
Sesungguhnya aku memohon petunjuk yang baik 
Daripada -Mu dengan ilmu-Mu
Aku mohon kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu
Aku memohon daripada-Mu dengan kelebihan yang banyak.
Maka sesungguhnya Engkau berkuasa,
Aku tidak berkuasa.
Engkau mengetahui perkara-perkara ghaib.

Ya Allah...jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku,
pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang,
Maka tentukanlah untukku dan permudahkannya kepadaku.

Tetapi jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku,pada agamaku dan duniaku Dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang,maka elakkannya daripadaku dan elakkan diri daripadanya..

Ya Allah....
Tentukanlah kebaikkan untukku di mana sahaja aku berada 
Kerna sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu..

amin..   

No comments: