Saturday, February 11, 2012

Segar Kalbuku Dengan Iman

Ya Allah...
Sesungguhnya aku memohon petunjuk yang baik 
Daripada -Mu dengan ilmu-Mu
Aku mohon kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu
Aku memohon daripada-Mu dengan kelebihan yang banyak.
Maka sesungguhnya Engkau berkuasa,
Aku tidak berkuasa.
Engkau mengetahui perkara-perkara ghaib.

Ya Allah...jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku,
pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang,
Maka tentukanlah untukku dan permudahkannya kepadaku.

Tetapi jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku,pada agamaku dan duniaku Dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang,maka elakkannya daripadaku dan elakkan diri daripadanya..

Ya Allah....
Tentukanlah kebaikkan untukku di mana sahaja aku berada 
Kerna sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu..

amin..   

Saturday, February 4, 2012

Hipokrit Dua Alam

Padamu seni hanya dagangan
padamu seni umpama jambatan angkuh
padamu seni tinggalan sisa pembelotan
padamu seni landasan propaganda
dan padamu , ku bicarakan satu bicara
hipokritlah kamu di alam nista mu
agunglah kamu di alam jijik mu
kerana , kamu adalah Hipokrit Dua Alam .

Persoalannye?????apakah dengan niat hanya untuk menjaga hati orang menyebabkan kita terpaksa berpura-pura juga di anggap hipokrit???
P/s : padaku xde salahnye kita berpura-pura untuk kebaikkan orang lain...
pada diriku sendiri, aku ingatkan biarlah menelan yang pahit , meluahkan yang manis (^_^) peace...