Saturday, March 5, 2011

Resepi Puding Karamel & Cocktail Berkuah









Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

* 400cc(400ml) susu segar/susu cair
* 5 sudu besar gula halus
* 3 biji telur- pada suhu bilik
* 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
* 2-3 titik esen vanila
* [ KARaMEL ]
* 5 sudu besar gula
* 2 sudu besar air

Cara-cara

1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais














* BAHAN UTK PUDING Cocktail
* 1 tin fruit cocktail (tak kira apa jenama)
* 1 gelas tepung bird castard
* 6 gelas air (guna air dr fruit cocktail + air biasa)
* 6 sudu makan gula
* 6 sudu makan susu pekat
* BAHAN UTK KUAH
* 1 tin susu cair
* 1/2 gelas gula
* 1 biji telur
* 1 helai daun pandan (@ 1 sudu teh pandan paste)

Cara-cara

1. UTK PUDING

2. Masukkan tepung castard, air, susu pekat & gula ke dlm satu bekas. Kacau sehingga tepung & gula larut. Jgn biar berketul.

3. Lepas itu tapis & masukkan ke dlm kuali. Gunakan api yg sgt kecil, takut nanti hangus di bawah.

4. Kacau jgn berhenti. Bila hampir separuh masak, masukkan fruit cocktail yg telah ditoskan airnya.

5. Gaul lg hingga pekat & berkilat. Kemudian angkat, masukkan ke dalam bekas & sejukkan.

6. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais sehingga keras.




UTK KUAHNYA

8. Pukul telur, gula & susu cair dlm satu bekas.

9. Masukkan ke dalam periuk. Dgn api perlahan kacau bhn2 td jgn berhenti.

10. Masukkan daun pandan @ pandan paste ke dalamnya.

11. Bila dah agak pekat, angkat & sejukkan.

12. Untuk makan potong @ sendukkan sedikit puding, kemudian tuangkan kuah ke atasnya.

korean song - shinee

video
video