Friday, March 25, 2011

Telur Tiruan!!!

Telur goreng, telur rebus, atau apa sahaja jenis masakan berasaskan telur merupakan menu ringkas kegemaran ramai. Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dariChina. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia.......


Bukan itu saja, malahan kat China siap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.


Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni.









Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:

  • Glucolactone
  • Asid Benzoic
  • Kalsium Klorida
  • Selulosa
  • Alum
  • Asid Amino
  • Pewarna Makanan
  • Sodium alginate
  • Gelatin



1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning

2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida tanpa pewarna makanan = Putih telur

3: Acuan untuk

4: Acuan untuk kuning telur


Step 1



Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.

Step 2



Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kandan masukkan ke dalam acuan (3). Bahagian acuan (3) tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan telur boleh dibasuh selepas itu.

Step 3



Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.



Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.





Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.

So, hati hati lah time kita nak beli telur. Tak pasti sama ada telur tiruan ni dah ada di Malaysia atau belum.

16 comments:

cintailmu89 said...

telur pon ada tiruan..hebat tul la pemikiran cina ni..hurm,hebat yang ke laut..

kak tie said...

owh ye ke...sy baru tahu...

aien_nad said...

ha hebat tp dsalah guna...tgk bhan2 yg dieorg guna smue bole bwk kanser...mcm baja pn ade...haish xsnggup rsenye nk tgk...xbole byg kalu kt Malaysia pn ade...so far xtau lg..

Syabab Muhsin said...

owh...ahsanti...

aien_nad said...

syabab muhsin : thanks

Wiyah said...

mohon share yer akak..:-)

Nor Suraya said...

assalamualaikum,nak share boleh

zih@n said...

mcm2..nk untung punya psl smpi xfikir kesihatan pengguna..=( =P

mama nas said...

kalau nak telo yg ori, beli yg ada taik ayam,comfirm ori

Siti Zainal said...

dh ada kt malaysia dh =(
kt penang serbuan pertama.
sdh nyerr bile kerakusan manusia mengejar keuntungan semata2...

Pwincess said...

salam, nak share to my blog boleh?

Unknown said...

eii mcm2 la skrg, smakin advance manusia mnyalahgunakan ilmu skrg..thnks for dis info..

aien_nad said...

wilyah : diizinkn share utk kbaikkan kite jgk kn...no hal la..huhuhu

aien_nad said...

nor suraya : bole je nk share xkisah pn... (^_^)

aien_nad said...

aliza : bole je ...:-)
siti : yeke..haish xboe jd nie..org skang pntingkn duit je dri ksihatan...thanks bgthu tau..

aien_nad said...

mama nas : btul tue nk bli telur skang tgk yg ade taik...biar kotor tp jnji slmat :-)